13 December 2011

CERITA PENDEK 1# : Bunga Api

Assalamualaikum.

Hari ni aku hanya nak cerita sket je pasal cerpen yang teramat pendek tapi betul2 membuatkan aku sedih.eh,pelik kan?tak pernah2 nya aku buat macam ni.Myra Azraff suka membaca?oh,percaye je lah.tu cuma kalau rajin mendatang je.dan aku ni bukanlah kaki2 novel tebal setaraf ketinggian high heels 4 inci tu ha.tadak2.ahaks.okey la,cerita ni sebenarnya datang dari sebuah novel grafik.alah,komik2 gitu.korang takkan tak suka kot?ahaha.tapi cuma aku ejas sket2 la sebab susunan2 ayat dia pun aku tak berapa nak jelas sebab dah lama bace pun.

***********************************

Bunga Api.

         Entah kenapa malam yang sejuk itu bertukar menjadi panas seketika.Kopi yang tidak ada kena mengena dalam cerita mereka menjadi titik penghujungnya.Si perempuan nak sangat lihat bunga api pada malam itu.Tapi si lelaki hanya datang kepadanya dengan tangan kosong.Kopi yang dipegangnya serta merta tertumpah di sisi lelaki tersebut akibat si perempuan keberangan.Tetapi si lelaki hanya mendiamkan diri sahaja kerana ingin si perempuan berfikir tentang apa yang telah si lelaki usahakan selama ini.

Si perempuan lalu berlalu pergi tanpa sebarang kata-kata.Hanya berang yang dapat dirasa kerana apa yang diimpi di depan mata tidak kesampaian.Si perempuan telah pun membuang kisah cintanya jauh-jauh.Malah apabila ditanya dia akan menjawab kekasihnya sebelum ini tidak pernah mengenal erti romantik.

10 tahun sudah berlalu.Si perempuan hampir melupakan si lelaki tersebut.Si perempuan juga telah mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang anak.Pada suatu hari itu,anaknya teringin sekali melihat bunga api.Sudah puas mereka mencari di merata tempat di bandar,tapi tetap juga tidak menjumpainya.Si anak banyak mewarisi sifat degilnya.Si isteri hanya mampu menuruti permintaan anak kesayangannya itu.

Sudah puas mencari,akhirnya mereka singgah di satu kedai yang agak terpencil di bandar.Si perempuan berharap,kedai yang terakhir inilah yang akan menunaikan permintaan anaknya.Si perempuan menanya kepada nenek tersebut," Bunga api ada tak kat sini?dah puas saya mencari di merata tempat"." Kamu bertuah sebab nampaknya di kedai saya memang ada",si nenek membalas.Si perempuan hanya mampu tersenyum kerana usahanya tidak sia-sia berpenat lelah mencari bunga api untuk anaknya tersebut.

"Tahu kenapa kedai saya saja yang ada bunga api?",si nenek bertanya."Kenapa?",jawab si isteri dengan sedikit keraguan dan tanda tanya.
" Dulu,ada seorang lelaki yang datang ke kedai saya untuk membeli bunga api.Katanya untuk diberikan kepada seorang perempuan yang disayanginya.Dia juga puas mencari di serata bandar.Kedai saya yang terakhir yang dicarinya.Malangnya ketika itu kedai saya memang tidak pernah menjual bunga api langsung.Lelaki tersebut akhirnya meninggalkan kedai saya dalam keadaan yang menangis."

"Mulai saat itu,saya berasa amat menyesal.Malah setiap tahun saya akan menempah bunga api walaupun sedikit.10 tahun sudah berlalu dan awaklah orang yang pertama membeli bunga api ini."
Si perempuan hanya mampu terdiam.Isi hati si lelaki yang pendiam itu akhirnya terurai.Dalam hatinya,perasaan  sebak itu sukar digambarkan dengan kata-kata.Si perempuan hampir menangis setelah mengetahui segala isi hati yang dipendam oleh si lelaki tersebut.

Bunga api yang menyala pada malam itu sedikit sebanyak memanaskan malam yang teramat sejuk dan begitu dingin.Si isteri hanya mampu melihat anaknya yang bermain bunga api dengan riangnya.Dalam fikirannya,dia masih menyorot kembali kisahnya bersama si lelaki pada malam tersebut.

Okay.
Sekian,terima kasih.
Harap terhibur.

8 comments:

Riben said...

Ni lukisan jidi kan? Buku tu sangat menarik, imaginasi dia sangat matang :DD

Marina Shahira Chyz said...

sedih aa gak. mmm, sweet aa lelaki camtuu. tapikann, adaa lagi k laki camtuuu ? crying for girl#

hafidzul rahman said...

sweet~

alyaclumsy said...

sedihnya. tak reti hargai pompan tu :( sobsss. pentingkan diri, hehe

myra azraff said...

@Riben
ha,she's jidi.betul tu.tgk gambar kat atas dah tau.cerita2 cinta dier mmg menarik.

myra azraff said...

@Marina Shahira Chyz
oh,takder dah perempuan yg mintak cari bunga api dah..skarang semua nak duet je..ahak~
tapi lelaki cmtu x tau la pulak.nanti saya carikan 1.

myra azraff said...

@alyaclumsy
sob..sob..memang sedih..
:(

nurdani said...

sedihnya. bila melibatkan penyesalan ni, memang rasa takut. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...