Perhatian Kepada Para Blogger Sekalian.Saya Ada Mesej Penting

12:48 AM


Assalamualaikum


amaran lembut : BACA SAMPAI HABIS kepada yang dah terklik entri ni.

Tajuk entri haruslah ditaip dengan sopan santun agar yang lain tidak terasa.penggunaan kata 'SAYA' amatlah tidak bersesuaian dengan aku tapi..sudahla..abaikan saja..cam ngong je...
pada malam yang sejuk ni.seorang blogger segak yang bernama Myra Azraff ingin membuat pengumuman yang amat penting.yang harus semua bloggers tahu lagi2 kepada blogger2 baru...
baiklah,tanpa membuang masa aku yang terlalu berharge seperti sebuah OWL NECKLACE yang harem tuh..aku nak memberitahu kalian bahawa...eh,nanti dulu.salah mukadimah aku ni.
aku tak suka intro yang terlalu gah seperti Najib....aku bukan politician..
baiklah,cenggini,pernah tak kau2 orang mendengar ungkapan senyap di SHOUTBOX yang berbunyi:

1) done follow you,follow me back!
 2) follow you,plis follow me back..
3) don't forget follow me back ya..
4) eh,tertekan butang follow awak,ape kate tekan saye punya pulak.ihik.
5) follow me, i will follow u back
6) baik ko follow aku balik,kalau tak aku bunoh ko!! 


pernahkah kau orang dapat mesej sebegini?pernahkah?
kalau pernah,100 markah untok korang,tapi jangan lupa tekan buzer.
 harap maklum,setelah aku bertubi2 diberi ayat terbabit,aku telah membuat keputusan untuk membiarkan sahaja tanpa meng-follow back mereka walaupon mereka telah meng-follow aku.
maaf lagi.ayat aku terlalu baku tiba2pada malam ni.mungkin kerana terlalu nak beri penekanan kepada mereka2 ni sampai penyek.okeylah,setelah aku meng-create satu EVENT kat FESDEBUK untuk demonstrasi besar2an.nampaknya sambutan sangat menggalakkan,macam sambutan HARI RAYA AIDILFITRI.cuma takder ketupat je.berikut aku telah meng-hire seorang photographer kacak dari klip video Cinta Muka Buku dan ditemani oleh aku untuk menangkap seberapa banyak yang mungkin.
Cekidaut!lihatlah gambar2 terbabit dengan gigih dan tekun.


*******************************



antara penunjuk perasaan yang tidak mahu didedahkan rupanya.
'ala,tak mo lah camni bang,kitorang pegi demo ni pon senyap2.mak kitorang pon maner tau ni.malula camni,kalau dapat tau kene tibai habis2.' kata budak lelaki yang berkerinting bak Alleycat gitu dengan nada yang terketar2 sambil berpaut pada ketiak kakak nya.

*sok sek sok sek.
nampaknya jalan raya time tu sesak giler geleman dan riuh sekali,aku nak carik seven eleven nak beli slurpee akibat dahaga hanya mampu pancit di situ sahaja akibat gagal menjumpainya.nak buat cemaner,aku yang handle bende ni,kene la bawak bersabo.ihik.


'ha?akak ingat akak jer yang dapat virus tu,tak sangka adik pon dapat jugak...fuyohh....jadi,same-samelah kita banteras ye dik!' teriak kakak bergigi jarang dengan begitu bersemangatnyer kepada aku yang suwit ni.


'ihik,akak pon saje je pon ke sini,kot2 la dapat jumpa dengan Rompes..eh.ape name dier ye dik? Gores?alah,tak ingat la pulak...ha!Gomez..ha la...lupelah pulak.ni sepanduk ni pon soh anak jiran akak yang buat..cantik dia buat kan?' lempar kakak yang kelihatan serabai dan tak ubah macam tak mandi setahun jagong tersebut.


yang ni aku nak mengakulah yer.malu la pulak.ni sebenarnye makcik aku merangkap adik mak aku.alah,yang tengah pegang bender alah tu.yang pakai baju pink tu anak dier.namanya Ramlah.rupanya makcik aku yang ni pon ader blog,tak tau lah pulak aku.tapi tak nak pulak FOLLOW aku..tengok la muke dier tu,semangat habis..balik2 aku tunjuk shot ni kat dier sampai dier tiba2 mengaku ader blog kat depan aku.time tu jugak dier follow blog aku.semangat habis!!!!!!!


'herm,makcik pon dah agak dah bende cegampang sebegini akan berlaku kepada bloggers2 sekalian.anak2 kene tahu yer,amalan tu boleh menimbulkan kemarahan tau,hikhik.yang makcik pegang ni pon anak makcik yang hensem tu yang soh buat.malu kate dier...dier ni pon blogger tegar jugak tau.tapi sebagai mak yang cantik dan masih mude bergetah ni biarlah makcik jer yang volunteer.makcik takut bagi dier keluar rumah panas2 ni,takut je kulit dier jadi gelap.makcik sayang anak makcik tau'.


gambar yang dibulatkan di dalam gambar antara saspek yang telah terdahulunya menggunakan perkataan terbabit di blog2 sekalian alam dan dikesan ketika sedang syok berblogging di perpustakaan kanak-kanak dengan bayaran serendah RM 2.00 sejam.beliau kini ditahan dan direman selama 8 hari 2 malam oleh pihak bomba dan akan dibicarakan di Mahkamah Trek Selebriti yang dihakimi oleh Tuan Besar Jimmy Shanley serta bakal di BOO beramai2..


'ntahla cu,nenek dah pesan banyak kali kat visitors..tapi bukanlah pesann..nek dah penat2 ikut tutorial Lyssa Secret tau nak buat show-hide spoiler button kat atas chatbox tu..tapi mereka tanak jugak tekan..nenek ni dahla ade penyakit kencing manis..elok2 manis jadi pait pulak..maner la maunyer...' sebak seorang nenek sambil ditenangkan oleh anak perempuannya.


begini lah rupa bentuk button tu.TEKAN!TEKAN!


'he erghh sebenonye pakcik no komen jer bende ni..pakcik kool jer..sebab pakcik takder blog pon..susah nak tackle awek2 guner blog ni..maner segak gitu..tu yang pakcik dok mengadap lappy doploh pat jam jer online kat FESDEBUK ni...so xyah susah2 sebab add2 orang jer kan,maner ader follow2 ni..hakhak!!'


**************************

KESIMPULANNYA:

adik2..kakak2..abang2...jangan la guna perkataan terbabit yer kalau singgah di chatbox di maner2 blog sekalipon.walaupon aku yang dulunya serabai menjadi blogger baru,aku tak penah guna ayat sebegitu untuk mendapatkan follower.aku dah banyak terbace di maner2 blog yang menunjukkan ketidakpuashati-an mereka terhadap ungkapan keramat 'FOLLOW U,PLIS FOLLOW ME BACK'.
korang tahu tak amalan tersebut dianggap sebagai tidak professional dan relevan?
malah,kat maner2 blog pon ader yang dah bagi warning awal2 kat blog dorang.tapi ape yang jadi?
masih ada yang tak faham2 seribu bahasa lagi.perasaan aku yang mendapat mesej sedemikian umpama aku dipaksa kawen dengan lelaki NIGERIA tau?sanggupkah korang kalau aku kawen pakse dengan mereka?
sudah tentu tidak.aku memang tak mau.

jadi,aku dah penat2 curik gambar dari atok GOOGLE,edit2 cam harem ni,korang amek la iktibar ye.
penat aku buat semua ni tau hanya untuk mengingatkan kita sesama sendiri.(T.T)...kalau yang tak tau tu takpelah,ni aku dah penat bagitau nih....
kepada yang penah buat kat aku macam tu,aku maafkan kok.janji pasni aku tanak ader mesej berbaur paksaan kawen kat chatbox aku.akhir kate,

"..MAJULAH BLOG UNTUK KITER2 JE!!!.."



Sekian,terima kasih.











You Might Also Like

18 komen

  1. @Nelly The Strange
    sebab dah selalu kene tu la jadi x tahan(T.T)~

    ReplyDelete
  2. haha sgt creative !!

    nisa follow blog myra .
    sbb myra creative !

    tak pyah follow balik pun :P

    ReplyDelete
  3. @_NisaFuzi_
    eh,saya adil.tak rase terpaksa pon kalau ader org follow,janji x guna ayat memaksa.tu cuma propa jer.ahaha~

    ReplyDelete
  4. @atira syuhadah
    MEANING: walau kemaner pun awak berblogwalking,biler dah follow org tu,jgn pulak pakse dier follow awak balik.kita nak follow org semata2 bukan sebab nak dier follow kita balik,tapi,maybe sebab blog dier yg menarik dan entri2 yang berguna or sebagainya.kalau dah follow blog tu,just inform je.terpulang kepada owner tu nak follow balik tak.
    mak aih,panjangnyer reply aku ni,(=,=)??? :)

    ReplyDelete
  5. okey2 . sekarang ni kita dah faham . thanks tau :))

    ReplyDelete
  6. folo saya kalau awak nak keluarga awk selamat!!hahaha :D

    ReplyDelete
  7. @afzalsukasuki
    ceh,buat lawak ngong pulak ini org...herghh~~~

    ReplyDelete
  8. benci kot kalau de org ckp macam tuh tpi masalahnya bukan kalau tapi memang dh kena byk kali. sabo je la

    ReplyDelete
  9. @Cik tikah
    ya puan,kerana itulah saya rasa saya patut membuatnye menjadi besar2 an...eheheheheheh..baku lah pulak!!!

    ReplyDelete
  10. pernah jadi begitu...
    saya pun ignore.. tak perlu minta org nak follow2, kalau dorang suke blog kite, entry kita pasti dorang follow nye... betol tak...

    ReplyDelete
  11. @Semut Senyum
    oh yeah.ignore jalan terbaik.xkan nak biarkan dorang follow kita semata2 nak kita follow balik.penat edit ape sumer,entri pon dok beruban nak pikir n buat.:)

    ReplyDelete
  12. hahah.. biasa la.. aku plak jenis tak kesah.. die soh folo.. aku folo je la.. bukan susah pon nak tekan butang folo tu.. tapi nak baca entry tu.. sorry la.. aku baca blog yg aku minat jer... kalau da masok lam bloglist aku.. aku baca la kiranya.. hahahah

    ReplyDelete
  13. post ini sangat terbaekkk :)
    thumbsup (:

    ReplyDelete
  14. hoho.. sematt btul entry ni.. -_-"

    kalah mak zukebeg.. =P

    ReplyDelete
  15. kelakar lah pulak tengok gambar2 tu . hehe .best2 , penoh mesej entri nie ^^ thumbs up :)

    ReplyDelete

I would really appreciate to have your thoughts here ! :)

Like us on Facebook

Instagram