Pengalaman Rasa Ais Kepal Milo (Worst To Best)

9:54 PM



Hello gais. Sebenarnya lama jugak menghadap blog ni, nak sangat update something, tapi tak tau amendanya nak update. Then tetiba teringat pasal ais kepal haha. Semua yang aku pernah rasa adalah dari area kampung aku, Sabak Bernam. So harini aku nak rank dari yang tak berapa nak sedap hingga ke sedap.

Sebenarnya kalau diikutkan, ais kepal ni yang paling latest aku telah rasa. First tengok ais kepal yang ni ... macam this is the one. Berdasarkan rupa yang viral, ini yang paling menepati ciri-ciri. Ais dibentuk dalam mangkuk, dilimpahi dengan cairan milo. Tapi sekali rasa, errrrrr. Ape bende kah ini ? Ais dia bapak kerass. First of all, ais dia ready shape kan dalam 1 bekas polisterin, so nampak dah it won't work out bila dah start letak milo apa semua. Milo and coklat pun tak rasa apa, and tak habis pun makan. Harga RM4.50.


So ini ais kepal milo second yang aku rasa. Even ais dia kisar on the spot and still keras sesikit jela, aku still boleh hadam. Boleh tahan sedap. Even after dah cair pun. still sedap sebab milo dia campur dengan susu pekat. Topping lak berbeza-beza, boleh pilih sendiri. Harga cup besar RM1.50 - RM2.00 kot.


Jeng jeng ! Ais kepal tersedap nak mampuss pernah aku rasa ! Ais dikisar dengan halus, and dia letak cairan coklat best and cookies hancur yang sedap ... fuhhh ! Dia bukan rasa milo tau, rasa coklat yang sedap, aku pun taktaula coklat apa, yang penting sangat sangat sedap gilos. Memandangkan ais dia pun dikisar halus, so bila makan tu, mestilah coklat tu menyerap kat ais tu, and rasa cair sedap kat mulut. Even dia paling simple antara semua, it's the best. Btw memang sedap gila babun la, taktau dah berapa juta kali aku repeat. Kengkawan aku kalau datang dari jauh and visit sini pun, aku bawak diorang rasa ais kepal yang ni. Harga pun murah gila, cup besar RM1.50 kot haha.


So ais kepal milo dekat mana yang paling sedap korang pernah rasa ? Share sikit ! Hehehe 😄




You Might Also Like

9 komen

  1. Mai tak suka sgt manis2 gini. Tp paling sakit hati bila beli ais kepal milo tp tak pakai milo ori...aduhhhh tak sedap...

    ReplyDelete
  2. Kalau di KL ni, suka beli yang dekat dengan Tesco Ampang tu, sangat sedap dan berbaloi beli. 😀

    ReplyDelete
  3. rasa nak makan ais kepal pulak lepas baca entry ni...wow yang harga RM1.50 jugak yang paling sedap! mahalnya ais kepal sampai RM4.50!

    http://mylittlestoryi.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berbaloi dengan rasa sedap dia !! :D

      Delete
  4. Rasa macam boleh dapat diabetes tengok lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun hahaha. Tapi sekarang dah jarang2 sikit makan benda alah ni. Manis namatey

      Delete
  5. pernah makan sekali dekat pd lepas tu tobat taknak makan ais kepal milo. ais kepal ipoh yg biasa tu superbb

    ReplyDelete

I would really appreciate to have your thoughts here ! :)

Like us on Facebook

Instagram