Assalamualaikum.
Hah,tengok,semua apa yang ada dalam blog ni aku dah tukarrrr..jadik se-simple yang mungkin..tak maunyer aku guna denim template lagik..dah blog simple camni,konfem2 la guna simple template jugak..bukan ke korang sendiri kata kan simple itu indah? haha!
err..maaf,mukadimah yang salah..
Kebanyakan blogger2 baru tak tau widget apa yang tak perlu ada dalam blog..kengkadang aku tengok yang tak penting pun diletaknya..nanti aku bagitau contoh2 dia..makin banyak korang letak widget2 yang tak penting tu makin membuatkan blog korang bertambah berat..bukanlah berat setelah letak atas penimbang,tapi time untuk loading tu serete mereta (aku tak salah taip) jadik lambat..lantas aku sereta mereta merata juge pantas menekan butang 'X'.hey,hey..bukan kat keyboard lah!
jadi ni antara list2 benda yang tidak sepatutnya berada dalam blog korang..
1) Auto music player
sudah dibilang kan,kalau korang memang nak sesangat letak music player,pastikan korang guna music player yang boleh di pausekan...contoh yang kat atas ni adelah player yang selama-lamanya takkan boleh dihentikan kecuali hanya apabila anda telah menjumpai butang 'X' di penjuru atas sebelah kanan.harap maklum.sebenarnya,bukan semua blogger pun nak dengar lagu2 tu..harr harr..aku letak kat blog ni pon sebab aku je yang nak dengor..tapi kalau ader yang memahami korang,insyaAllah,dia pon join dengo sekali.tapi apa yang penting,anda2 tidak disarankan menggunakan music player seperti di atas.
2) Gambar-gambar di sidebar
yer,aku tau korang sayang kengkawan korang tu...tapi adelah tidak perlu apabila korang penuhkan sidebar dengan gambar2 kengkawan korang tu....2-3 bijik takpe..ni bederet sampai bawah...semangat giler arhhh...nasib baik gila tak semangat..sampai abang angkat,angkot,aprikot,semua nak ditempek nya..pernah ku jumpa di satu blog ni..dia letak gambar makwe dia sekali berlabel 'BAKAL ROOMMATE'..yekkk...geli2 aku..belum sah pape lagi nak menggatai..aku sampai ter-move2 like a jagger je...toksah la bende2 gegambar tu semua..kalau nak sangat,buat je lah page,ape susah?hah,kat situ,korang letak la berpuluh2 gambar kengkawan korang termasuk jiran2 cukup 40 deret dari rumah korang.tapi kalau lambat loading,pandai2 tanggung la....
3) Animated Flash Widget
ni edit sendiri.kang ade yang terasa pulakk. |
aku tau korang suka sangat dengan widget sebegini...tapi bagi aku,ia amat tidak seswai mengikut piawaian untuk diletakkan dalam blog korang..sebab ader sedikit rupa yang meyemakkan dan bukanlah menyamakkan.....lagi2 kalau diletak di bahagian tepi penjuru blog..(betul ke aku sebut ni?)..
makaknya..(aku memang nak eja camtu yer..)..kalau nak guna sangat..guna jelah..aku tak paksa bunuh korang pon kalau tak buang...
4) Blinkies
(nak ke?ambek je lah kalau suka...hahaha..)
hadoiii..aku paling lemah semangat kalau ader blog yang penuh dengan menatang yang bling-bling cenggini..cantik di mata korang,tapi tidak semuanya di mata blogger lain..sebab apa ha korang suka bende ni?sebab cantik?.pfffttttt..sakit dohh mata aku..dah la rabun...makin bertambah power ni kang...bukan power rangers tu lah..power spek ni haaa...jadi cepat2 la buang dari blog kalau tanak visitor korang blah begitu saja tanpa ditendang..maaf kasar sedikit.haha..
5) Widget kalendar dan jam
harap maklum.tak payah susah2 nak letak widget ini di blog anda..takkan ader orang yang sanggup bukak blog anda semata2 nak tau hari ni berapa hari bulan dan sekarang menujukkan pukul berapa kalau difikir2 secara logic gate..(fizik ni...haha)..aku tau,,tujuan hanya nak mencantikkan blog..macam aku dulu jugak..dok sebok letak jam..tapi bukan ditengok ponn...di-tenok adelah..disamping itu juga,ia hanya menyemakkan bahagian sidebar anda sahaje..jadi,sudah terang lagi ber-torchlight..dan tanpa membuang masa,sila cari butang
remove secepat mungkin.
aku buat entri ni pun bukan nak bajet bagus ke hapa...banyak blog yang pernah cerita pasal bebenda ni..cuma aku ader bagi contoh sikit ni ha..aku tak marah atau bengang sekalipun kalau dorang maki pasal benda2 ni...cuma aku belajar dari kesilapan dan amik iktibar..haha..
Manusia memang tak pernah puas..(merujuk kepada aku).entah berapa kali tah aku tukar design blog ni.aku tenok orang lain okey je..eh,tengok..dorang steady je dengan design blog dorang..aku je yang dok sebok tukar sana tukar sini.header tu pon saje kasi simple.penyakit aku ni dah parah nampaknya..harap2 takder yang kutuk blog aku ni ha..mentang2 simple dan takde widget2 cam korang tu..kang cepat je mulut tu mengumpat dengan diri sendiri.haha!
Sekian,terima kasih. :)
(harap takde typo..hadoyy...)