Moi Raya (2016) : Makanan Yang Wajib Ada !

9:31 PM





Hai guys !!


Amacam raya korang tahun ni ? Best ke tidok ? Haaa
Raya tahun ni rasa puas sangat dan best bagi aku. Even tak keluar beraya sangat. Memandangkan aku susah nak dapat cuti, and cuti raya dapat lak 5 6 hari, rasa best dapat tolong2 mak aku kat dapur. Haha

Oleh sebab nenek aku officially menetap kat rumah kitorang, so makcik aku pon turun sekali tolong2 masak untuk raya. Mak aku dengan sesatunya macik aku (adik mak aku) adalah chef paling mantop sekali ! Aku suka sangat masakan dorang. Sedap gila nak mampuih ! Sebab tu kekadang aku cerewet dengan makanan kat memana (tapi bantai jela nak buat cemana dah kebulor)

Okay first, sambal taun ! Wajib ada tiap tahun. Kalau orang Jawa tak tahu benda ni taktau nak kata apa lah haha. Ayah tiri aku bising kalau takde benda ni hahaha.  Silalah cuci mata






Aku dengan kezen aku, Iqa, tolong sediakan bahan2 je. Potong daging apa semua lah. Kau nak masakk ?? Tak payah laa. Kau nak kena maki dengan Masterchef aka nenek aku tu, silalah bikin rendang korang sendiri hahaha


Rendang YASSSSS rendang tudia rendangg.








Aku ni ... suka rendang. Tapi takdelah gila sangat. Tapi tahun ni lepas mak aku touch up sikit rendang tu, aku jadi tak keruan. Kenapa entah sedap gila ! Haih. Aku rasa nak menangis je


Sambal goreng juga harus adaaaa


Masakan mak aku paling lejen, kalau guest or sedara mara datang, mesti licin yang ni dulu, and kena top up banyak kali. Kena masak baru time malam raya pertama hahaha.

 AYAM MASAK MERAHHHH :D


"Mira, nii. Engko amek gambar ni lak. Ayam kicap" - Makcik

Hahaha. Terhuyung hayang bawak kamera. Dorang tau dahh aku ni nak amek gambo je keje



Cantik betul ayam kicap ni. Hahaha

Kami tak main la ketupat2 ni. Too mainstream !
Eleh padahal takde sapa reti anyam ketupat melainkan nenek aku hahaha. Tapi memandangkan nenek aku pon dah tak mampu nak buat. Makcik aku buat nasik impit homemade ! Serius sedap dan lembut sangat. Semenjak tahun lepas macik aku buat, aku dah tak sentuh ketupat lontong apa benda semua. Serius


Malam raya tu. Dalam pukul 2 pagi aku gi basuh tangan kat sinki jap. Tetiba ada pulak satu suara halus dok "Hui ... hui..." kat tingkap

Macam gampang ! Aku dah cuak bhai ! Cepat2 pusing kepala paip, panggil paman aku suruh tengokkan jadah apa ada kat luar tingkap tu.

Sekali ... rupanya ada orang hantar lontong ! Macam harem. Cuak aku. Bagila salam ke apa ke hahaha. Tiap tahun mak aku akan order lontong homemade dekat orang2 kampung situ. Order dalam 800 - 900 pcs camtu la. Sorry tak dan nak snap gambo. 2 pagi kot hahaha


p/s : Nantikan entri raya yang seterusnya okay :D







You Might Also Like

8 komen

  1. maigod sambal goreng is my favvv

    ReplyDelete
  2. Hui ... hui...

    HAHAHAHA perlu ke hui huiiiiii aduhai lawok hahaha
    kak moi pahal gambar HD adududuh tak keruan lapar la TT_TT
    semua so tempting haih.

    WOI OOTD MANA WOI

    ReplyDelete
  3. 1st time dengar pasal sambal taun. Tengok pun dah menyelerakan =)

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaa semua tetiba rindu nak makan rendang lagi hahahaha.

    apasal yg hui hui tu tak boleh blah betul lah hahahahaha T_T

    ReplyDelete
  5. gambau takleh besau lagi ke? saje je buat perut i berkeroncong. haha :D

    ReplyDelete
  6. gbr first tu unik,xpernah dengarr,mula mula ingat bubur caca tadi hihi

    ReplyDelete
  7. kak moi, apa niiii. nina dah balik kolej, mau menangis tengok gambar makanan ni semua. laparrr jadinya
    selamat hari raya kak moi

    ReplyDelete
  8. JADAH APA AKU BACA ENTRY NI TETENGAH PAGI LAPA NI! TADI DAHLAH BARU BALIK DARI BLOG BUDAK VANILLA MASAK MAGGIE, SKRG NI PLAK. ADOI~ eh caps lock ke semua ni. haha. Hey Myra. Lama tak borakkan. :)

    ReplyDelete

I would really appreciate to have your thoughts here ! :)

Like us on Facebook

Instagram