Betapa Berbezanya Seorang Blogger Dan Facebooker.
11:43 PMAssalamualaikum.
AMARAN : entri ini berbaur membebel sekali lagi.diharap sesiapa yang termakan cili,sila tambah lada agar terasa pedasnya.aku tanak ikat jamin semua tu.
Wah..dah lame aku tak buat entri dari perahan otak aku ni..hahahahaha
apesal tah aku suka sangat banding2 kan BLOG dan FACEBOOK ni..
sebab beza mereka terlalu ketara..jadik rasa bes dan ready je nak compare2 bebile masa..
tengok,muke pon dah berbeza.
(memang ler berbeza.)
tanpa membuang masa aku yang harganya tidak boleh di jual,
aku ingin membandingkan mereka......jeng jeng jeng...(bunyi dram)
" Facebookers vs Blogger"
1) Cara penulisan.
FACEBOOKER:
biasenya dorang ni suka guna ayat short form dan lebih suka buat luahan hati yang ringkas dan senang difahami.kekadang melambangkan cara penulisan yang tidak matang dan suka sangat mendera status.janji dapat LIKE dari peminat2 nya.retis Facebook ni tak kesah buat status pape pon serta lebih suka merepek. kekadang guna satu ayat je seperti "Bosan." janji dier tau mesti konpom ader LIKE punye arh..tak payah ade komen pon takpe.(sila rujuk ENTRI INI.)
BLOGGER :
gaya penulisan mereka lebih matang dan panjang serta banyak informasi dan menarik jika di-twist habis-habisan.mereka jenis yang banyak berfikir untuk menulis sesuatu.disamping itu,eh.aku bukan buat karangan BM,harap maklum.pastu kan,mereka ni tak suka guna short form2 ni..kalau aku sebagai pembace pon,aku hanya mampu berkata 'EUWW' jika entri tu penuh dengan short form dan lantas menekan butang 'X' dengan kuat dan lari secepat mungkin.papehal,hasil tulisan seorang blogger sangat ohsem jika penulisnya pandai memudahkan lagi jalan cerita yang ingin ditulis.(bukan aku ye,aku ni tulis merapu)
2) Gambar
FACEBOOKER:
masalah yang tak boleh dibendung oleh mereka adelah gejala meng-upload gambar tanpa henti denga had kelajuan 120 km sejam hanya kerana perasan bahawa dirinya terlalu gah dan cantik serta kacak rupawan.biasanya perempuan yang akan dihinggapi penyakit parah ini dan mampu berjangkit sekiranya ade yang jeles dan mahu bersaing.malah,gambar ketika makan,dalam tandas,tido,lagi2 bersama pasangan mereka pon nak diupload cukup 1 album mahupun 2,mahupun 3 dan bla bla bla.biasa perempuan yang mudah menjadi retis dalam kes ni tanpa memasuki mana2 ujibakat tanpa mereka tahu bahawa hanya menayang gambar peribadi dengan sengaja itu berdosa.
BLOGGER :
mereka biasanya hanya upload gambar-gambar kalau ader event2 yang tertentu.tapi penah sekali ni,aku terjumpa blog yang habis penoh dengan gambar dia..(background,sidebar,footer,header,bla3) memang terbisu aku seketika.yelah,maner ader orang online sorang2 sampai pot pet pot pet.tapi kita jarang dapat jumpa yang macam tu,cukup kat sidebar pon jadiklah.haha.tak perlu bebanyak gambar.buat tambah dosa je,termasoklah aku.
3) Isi-isi penulisan.
FACEBOOKER:
penyakit status abuse mereka tiada ubatnya setanding dengan penyakit AIDS.status abuse di sini maksud kire cam nak mandi,nak makan,nak pegi rumah jiran,nak salam atok nenek,dan bla bla bla memang tak terlepas pandang untuk di-update dalam status beliau.setiap minit ade je nak tulis.yang berguna takpe,ni tah pape.kire cam tadak idea untuk diperah la dorang ni..cube lah buat status yang menarik dan kreatif ke ape ke..ni kopi pes pon jadik la..bukak2 home nanti orang lain pulak guna ayat kopi pes yang sama tu.sangat tak ohsem.(sila rujuk ENTRI NI jugak.)
BLOGGER :
isi-isi penulisannya sangat ohsem dan banyak bende yang kita boleh dapat.kekadang tak sia2 bace.idea untuk diceritakan menarik hati pembaca agar mata sentiase terlekat di skrin komputer.buktinya,ramai yang ingin jadi follower sesebuah blog kerana tidak mahu ketinggalan membace segala entri2 baru beliau.bagaimana korang?korang pun mesti ader blog kegemaran kan?dan kadang tertunggu entri baru beliau.kalau di Facebook,ade korang tertunggu2 orang tu untuk orang tu update status dia?ada?kalau ade korang memang pelik.
= = '
4) Hanya kerana aku fofuler habis...
FACEBOOKER :
ha,yang ni baik ngaku,cepat ngaku cepat!cepettan...hahaha..asal bukak HOME je,mesti ader 1 gambar pompuan ni (1 je yer..) mesti LIKE dia bapak gila banyak..sampai beratus2..alah,kire dah macam tu pon boleh feymes taukkk...aku pon pelik,ape tah tujuan yang dok LIKE tu.mungkin ...
"oh,hidung dia mancung la,10 markah!,aku nak LIKE arh.."
"errr,hidung dia penyek arr..tak hendaknyer aku LIKE..errr.."
tahler,aku malas nak meneka ni..buang mase aku jer..okey,kalau mereka feymes sesangat di Facebook,aku nak tanya,nama mereka sentiasa disebut ke diluar sana? sudah tentu tidak.kenapa?kenapa?tanyalah mereka yang tidak menyebut namanya itu.ader korang..
"eh,aku minat habis arh dengan Myra Azraff tu,jumlah LIKE kat album dia beratus2 kauuu...hullemak..teringin nak jumpa dia..hihihihi...macam best je.."
percaye arh,takdenyer yang nak buat gejale harem macam gitu.
BLOGGER :
biasanya nama mereka bukan je ada ni maner2 blog,malah boleh jadi perbualan mereka yang di luar sana.sebabnya setiap blogger ni ader kebolehan dia yang tersendiri.ader cara penulisan yang hebat,kreatif mahupun bakat serta kreativiti yang beliau miliki seperti Ben Ashaari,Lyssa Secret,Yuyu Zulaikha dan banyak lagi..(malu aku nak bagitau..hehehe..)..ader teringin nak jumpa mereka?mestilah ada!!!memang menipu tahap gaban la kalau korang tak teringin nak ketemu dangan dorang2 ni.sampai masuk majalah lagi(blog mereka je lah..haha)..tapi,ader ke yang feymes gila kat Facebook tu di-review kat majalah?hampeh tadak.buat majalah sendiri je la kalau nak.lagipun,bukan satu benda yang senang nak feymes seperti mereka,mereka cuba sedaya upaya apa yang patut untuk dikenali malahan sampai sekarang pon,mereka kekal menjadi buah mulut oleh para blogger yang lain.
"Kesian Facebook,kerana engkau...
banyak yang tak sedar mereka telah mengumpul dosa dalam senyap....
dengan segala aurat yang didedahkan dan status berbaur maki-makian kepada orang lain..."
...aku dah takder idea lagi nak cukupkan 5 tu..hahaha...
.adeh...tetibe sel2 neutron aku terputus,tak larat nak berpikir...uhukkkk...(T.T)
kepada yang terasa,baik cepat2 blah..
bukan niat aku untuk burukkan Facebooker,tapi ni lah hakikat.bukan KitKat.
Jadi siapakah anda?
FACEBOOKER?
atau
BLOGGER?
atau
anda neutral?seimbang dari segi berat badan?
Sekian,terima kasih.
15 komen
saya blogger suam suam kuku je...Natural ^__^ tapi tak seimbang berat badan..mencube untuk kurus kembali
ReplyDeletehaha..betulbetulbetul.. eh ? nk tnye, cursor kat blog neh laen eh? means, pakai cursor berbentuk anak panah yang laen ke?
ReplyDeleteEntahlah.. More towards facebook... tapi xde lah nak upload gambar bnyk2 mengalahkan artis XD.... Blogger pun boleh la(tapi kadang2 mati akal sbb tak tahu nak tulis apa dalam entry)
ReplyDeletehaha aku suka la entri ni
ReplyDeletegila suka !!
promot kat page aww :)
tq :D
haha..saya blogger..huhu..suka entry nie! :)
ReplyDeletesaya seorang...
ReplyDeleteeh, check la sndiri haha... (bajet ade je yg beriye nk g check)
sokong entri nih...
hahaha...memang betol 100%...
ReplyDeleteterbaikk :D
ahaha.. I'm involved in both.. tp lagi suka berblogging sbb leh impress dri.. xpyh like2 pn xpe..
ReplyDeleteblogger :) sy tidak aktif facebook sgt. hihi
ReplyDeletesangat2 setuju lagi2 point yg pertama tuu dan saya adalah blogger! :D
ReplyDeleteblogger picisan jeh .
ReplyDeletebe your follower ke-520 :)
ReplyDeletesuka entri ini.yg pntg sy bknlah facebooker!aha!
ReplyDeletesy slaloo inactive fb...
ReplyDeletetak dpt di kenal pasti whether facebooker or blogger..
blogger.. fb personal dh lme deactivekan.. haha..
ReplyDeleteneutral?
berat bdn tak seimbang.. sgtlah teruk berat bdn.. BMI mmg sedih tak yah ckp..
I would really appreciate to have your thoughts here ! :)