Hai gais
Story pasal sales promoter ni aku kekadang rasa adoi ...
Kalau kastemernya pon setakat nak pilih baju ke, kasut ke tak perlu kot membontoti dorang dengan jarak 15 cm ! Gahahahajahaksa
Melainkan la kastemer tu sendiri yang mintak dibontoti.
Maybe dia suke kot. Erk
![]() |
| Nah promoter seketul |
So sini aku habaq mai hampa yang jadi promoter ni
Apa salahnya kalau memula kastemer tu datang, tanya dia
"Encik/Cik nak cari apa ye ?"
Kalau dia jawab
"Takpe, biar saya tengok tengok dulu"
"It's okay, saya cari sendiri"
Hangpa tolonggggg lah tinggalkan depa tu ha bersendirian jap.
Then bila dia dah kata gitu, jawabla balik
"Okay, nanti papehal boleh cari/panggil/tanya saya"
Dah lepas tu, bolehla bagi jarak sikit antara hangpa dengan kastemer tu. Give them some space to look around.
Sometimes people need privacy kan ! Tak gitu ? Hee
Melainkan la kastemer tu jenis memang suka bagi soklan bertubi ! Haa memang sedap pon dapat camni. Dia takkan kasik korang lari dari dia. Padan muka :P
Selalu kat area jual beauty product or gadget lah kakkaka
Aku dok bingit bingit ni, aku pon penah jadi promoter occay.
So aku paham la hahahaha ! Aku pon tak suke dibontoti
So aku takkan membontoti kastemer gak ! Iollss tahu musti dia rimas gak
So iolls ikut la cara diatas tadi, kikiki. Give them some privacy !
*******************
Yang tak boleh blah aku ada pegi tempat yang jual kain pon, kain nak buat baju la, aku dok belek belek kain boleh lak sampai 2 3 promoter perati je . Jarak sume dedekat je. Dahle sume laki. Aku rasa nak blah cepat je =___=
Eleh, nak mintak sign mintak jela. Takyah perati je.
Aku fikir aku tak bawak pen je nak kasik sign, kalau tak aku dah offer :P
Makin rajin lak update kebelakangan ni

































