TIPS MOVE ON !

1:50 PM




Salam Jumaat !


Ok seperti yang aku dah janjikan. Maka terhasillah entri dari hati aku ni. 
Dah move on ke belum ? Or masih tak sure ? Boleh check kat entri bawah ni !

5 Tanda Korang Belum Move On !


Belum move on ea ... k meh sini kak moi share 


TIPS MOVE ON !


1) Padam semua gambar, chat, mesej dan sewaktu dengannya

Tengok point first ni. PADAM semuanya okay. Yang berkaitan. Sapa kata nak move on tu, tapi masih simpan gambar ex, simpan mesej dia, satu je aku nak bagitau, BINGAI ! Padan la muka. tengok gambar, pastu terkenang bagai ... pastu nangis. Nangis dan nangis lagi. Pftt. Okay. Percayakan kak moi k. Padam segalanya. Biarkan takde sisa baki memori dia dalam hidup korang. Okay. Itu yang first. This is a fresh start !! Kalau point first ni pon kau tak pass, lupakanlah kalau nak ke step seterusnya. Lantak situ, yang nak move on-nya korang bukan kak moi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2) Terima hakikat

Kau kena terima hakikat okay. Kau kecewa sebab kau percaya pada idea "I want what I can't have". Kau tak dapat apa yang kau inginkan. Terima hakikat yang "aku ... bukanlah untukmu." Amboi nyanyi lagu Rossa lak dah. Koyak weh hurmm. Okay dengar sini. Dah korang memang tak ditakdirkan bersama, takyah mengharap dah. Mengharap tak dapat ape pon. Dapat kecewa je. Kalau betul dia untuk kau, maybe korang takkan kemana jugak. Tapi tak semua ditakdirkan bersama. Terima hakikat. Maybe kau tu cantik, baik, pandai masak, deserve yang lagi bagos, kan ? Maybe dia macam tongkang pecah. Tak dan la dengan kau. Dahla macam tongkang, ada hati nak lukakan hati kau. Cis memang tak layak. Hahaha

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3) Percaya dengan "Kau akan berjumpa dengan yang lagi baik"

Pls delete ayat "DIA LAIN, AKU TAKKAN JUMPA ORANG MACAM DIA" dari hidup korang. Jangan jadi bebal. BEBAL TAHAP 56 !

Ok point ni payah sikit aku nak yakinkan korang korang yang belum move on ni. Tapi PERCAYALAH aku 100%. Korang tak percaya dengan ayat tu sebab korang masih belum jumpa the one tu, kan ? Kau akan jumpa yang lebih terbaik untuk diri kau. Kau deserve yang lagi baik wei ! Apa yang kau tak pernah expect dari dia@the one, dia ada. Dia maybe takde ciri yang kau nak, dahla tak sweet, bingai, lengai semua tapi dia ada segalanya yang kau perlu. Tapi dia ada something. Something cemano tu ? Hehe. Time tu lah baru kau rasa "Kenapalah aku bodoh sangat dok mengharap kat ex aku macam orang gile dulu. Menyesal. Boddo palui aku ni

Bila kau dah jumpa yang macamni, PLS THANK ME LATER ! 

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4) Hangout dengan kengkawan/family 

Apa guna ada kawan dan family, kalau tak hangout sesama kan ! Maybe cliche sangat point ni, tapi kau takleh la nak sensorang je dok dalam bilik gelap dengan tak move-on nya. Haih. Walau sesusah mana pon kau, family jugak yang korang sentiasa ada. Yang tahu baik buruk kau tapi tetap terima kau ! Kawan pon sama. Kawan je yang kita takkan putus hubungan. Melainkan kau dapat kawan yang macam asshole kahkahkahkah tercekik jap aku. Hangout pon boleh jadi terapi bagi kau, pergh lelagi shopping ! Tapi pastikan adele duit tu ha hahaha. Pape pon kau dapat la isi sikit hari kau dengan benda best sikit kan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

5) Cari orang lain jelah hahaha

Hah ok. Ni dia point paling bengong. Hahahaha. Oklah maksud aku, sedang kau putus cinta tu ha. Dalam fasa move on, selalu orang lain ada yang dah lama simpan hati kat kau. Mulalah berduyun tetiba kau diminati lak. Sama ada direct or indirect. Pfttt lol. Betui dak ? Kalau aku betul, so aku memang terer ah haha. Dalam antara yang minat kau tu, ada sorang je ikhlas. Mungkin ? Mana tahuuu but it is possible kan. Pape pon janganla jadi bangang. Kau permainkan cinta orang sebab guna alasan nak move on. Kalau kak moi tahu engkorang macamni, kak moi kerat korang doploh empat k !

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi itu je aku boleh share. Tapi ekceli sangat berguna bila korang dah sedar diri. Elakkan tengok quotes cinta/move on. Semua tu shilake, tak semua quotes betul ! Kau jangan perasan sangat. There is always 2 sides to everything. 

Pape pon move on juga amek masa. Sabo lah ye. Kak moi tak paksa korang. Dia amek masa but akhirnya semua berbaloi ! Ada hikmahnya semua tu. Tapi kalau umur korang baru takat 12 13 nak tips move on, meh aku tampar meh gatai noh






Bye !



You Might Also Like

11 komen

  1. Terkesan di hati, tapi memang betul tu. Kalau dah takda jodoh, kita tetap kena terima hakikat bahawa si dia bukan untuk kita. Nak ada pakwe, atau lebih tepat lagi, nak dijadikan dia suami, tak semestinya kena handsome, kaya raya. Cukuplah dia dapat bahagiakan kita.

    Dulu saya pun susah nak move on. Hati koyak, pecah, remuk, retak semua cukup lah. Hahaha. Tapi dalam diam tu pun ada orang lain yang minat. So kita move on, dengan berkawan dengan orang tu. Alhamdulillah, dah dapat lupakan EX :)

    Hoping that this is the RIGHT one. InsyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. @Fatin Liyana cerita kita lebih kurang sama. kann berkawan memula lebih bagus. :D

    ReplyDelete
  3. nak terima hakikat dengan cari orang lain tu yang susahnya hehe

    ReplyDelete
  4. haha..nyampah tau no.1 tu..bila clash pi antar balik msg/chat taun lepas yg berbunyi -" awak ingat balik ape janji awak taun lepas..awak janji setia dan syg kitew. ni buktinya msg ni ( forward balik msg yg disimpan beserta janji pelesu tu ) - kita masih SIMPAN lagi -" herghhh...simpan lagi rupanya..kronik hihihi

    ReplyDelete
  5. yeah, saya setuju. thanks kak moi for the tips ;)

    ReplyDelete
  6. Yes cari je orang lain.Untung-untung dapat yang lg macho/pretty...

    ReplyDelete
  7. lagi satu akak PC rasa..du'a minta Allah kuatkan hati dan semangat untuk berusaha jadi orang baru..nak lupakan yang lepas..in sha Allah..

    ReplyDelete
  8. yeaahh..nice sharing..i really need this..hahahahahaa..

    ReplyDelete
  9. paling annoying ble ssorg tu kate nk move on. tpi, still asyik tringat je kt org tuu. better lupe n cari lain

    ReplyDelete
  10. standard la cmni... kne kental.... ala lelame ok je anti... sbb nk xnk kita mesti nak enjoy gak n lelame bru nak realise yg kita takde mse ntok diri sndiri... pape pon tepat lagi melekat myra azraff muahahaha... hebat entry hang

    ReplyDelete
  11. Betoi tu.. memula mmg la susah nak move on.. Pernah gak rasa pengalaman tu.. Kejap2 duk teringat.. kejap2 duk teringat.. Asal duk teringat tangan gatal nak mesej, padahal orang dah tak hadap dah. Tapi kita kreatif macam mana nak nak elakkan perasaan tu memain-mainkan perasaan kita. Salah satu yang paling berkesan jangan duk sorg2.. Hang out dengan family dan kawan sgt membantu.. Alhamdulillah.. lepas 2 tahun dah tak rasa pape dah.. Dia pun da selamat kawin da kot. Selamat la.. Haha xD

    ReplyDelete

I would really appreciate to have your thoughts here ! :)