TIPS UNTUK NEW BLOGGER

12:04 PM



Salam gais.



Harini aku nak share sikit tips untuk new blogger :)




1) Buang widget yang tak perlu

Mostly, sesiapa yang baru start nak buat blog. Semua benda dia nak taruk. Contohnya macam aku lah tu dulu. Haa semua nak taruk haram jadah. Haha. Kalau boleh macam 

BLINKIES, ANIMATED WIDGET, KALENDAR, JAM, etc

Sebab kita tak perlukan benda tu. Memang nampak menarik dan cantik je. Comel je. 
Sayang pulak nak buang. Takpe buang je. Ada certain tu yang penyebab blog kita jadi berat. Lambat loading. Bila blogger lain nak blogwalking, blog pulak lambat loading, maka lari lah kalian. Satu lagi , kalau korang ada pasang music player, silalah letak di kedudukan yang senang orang cari. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

2) Gunakan text yang mudah dilihat dan dibaca

Ni antara point yang sangat penting. Penggunaan font dan dan saiz amat penting. Kalau boleh gunalah yang senang difahami dan mudah untuk orang lain baca. 

Kalau guna tulisan berangkai rangkai, dan sewaktu dengannya, pulak tu guna warna kuning, background post warna biru

Apa tak berdarah mata ? Hihi. Kalau boleh gunalah size font yang standard. Jangan kecik cinonet sangat. So barulah rasa tenang je nak baca :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

3) Godek function 

Dengar macam remeh je kan. 

"Kenapa pulak nak godek2 bagai ? Aku just nak tulis, post gambar, share kat blog je. Sukatilah"

Haha tak. Maksud aku. Rajin2 kan diri check setting semua kat blog. Cara kita nak buat post. So takdelah tonggang terbalik cara kita handle nak buat post. Paragraph tak reti nak align. Gambar senget senget. Terkecik la terbeso la. Nak private blog tak reti. Nak check comment. Nak add gadget kat sidebar pon tak tahu, apa semua. Biar tak terer lagi bab layout and design dulu. Janji basic korang boleh handle sesikit. So takdelah gelabah kan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

4) Rajinkan diri tengok tutorial

Sifu aku time start nak berblogging, mestilah kak LYSSA FAIZUREEN ! Mihmih. Dasat kan. Aku start dari bingai boddo apa semua, jadi fahamla sesikit time start berblogging dulu. Kak Lyssa ada banyak tuto and tips. Aku khatam kan dah haha. Thanks Kak Lyssa ! Banyak berbakti untuk iolss :)

Korang taip je tutorial apa yang korang nak kat google, berlambak ada. Itu pun kalau korang jenis yang suka edit dan design blog ikut citarasa sendiri la. Hehe. Tak paksa pun. Sebab aku dari start dulu selesa edit/design sendiri je. Memacam dah aku renovate. Last2 aku jadikan simple camni je. Haha ...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------

5) Rajinkan blogwalking

Haa ! Okay inilah yang paling penting. Tujuan blogwalking adalah untuk ramaikan lagi kenalan, boleh beramah mesra dengan blogger lain, dan banyak lagi ! Lagi 1, kalau korang tak rajin blogwalking, siapa je nak datang blog kan ? Lainla kalau kita ni dah femes ke apa huhu. Mana tahu dari blogwalking, ada yang nak follow kita, and tertarik dengan penulisan kita. Tapi jangan harapkan dari mereka je, kita pun kenalah berusaha. Cari jalan untuk buat orang tertarik untuk datang ke blog kita :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------




Lastly. Aku bukan la blogger femes amos kepe, bukan blog yang tiap masa orang nak lawat. Saja nak share apa yang aku mampu share je. Based on experience. Lain orang lain point. Sharing is caring kan hee









You Might Also Like

9 komen

  1. terima kasih share kak moiii <3333

    ReplyDelete
  2. i love the pics on your blog! ala2 mcm dalam tumblr (and i baru baca ur post pasal guna vscocam! hihi)

    ReplyDelete
  3. dulu rajin godek-godek kod sampai semua dah hafai dah , tapi once stop sebab busy nak study den dah lupo dah macam-macam . lol . awal-awal jadi newbies tu suka jugak tengok kak lyssa punya tutor , tapi dah convert jadi classic dah malas nak tengok tutorial lagi . he :)
    komen sikit blog liyana boleh ? :D

    The Talking Diary

    ReplyDelete
  4. setuju sangat ngan tips tu. biasalah diorang tak tahu lagi apa yang baik and apa y kurang. huda pon nasib baik ada kakak seorang blogger yg banyak bagi tunjuk ajar :D

    ReplyDelete
  5. goodsharing myra-selalu yg loading lambat tu kene babai jela..lama wehh x sanggup tunggu..mih3

    ReplyDelete
  6. nice sharing kak moi ♥♥ dulu ina refer kak lyssa jugak masa newbie. fuhh dari seorang yg cetek akal dlm kod edit-mengedit alhamdulillah, boleh lah faham sikit2 kod sekarang

    ReplyDelete
  7. Assalam kak Moi... :D Ada tak tips macam mana nak dapat idea untuk tulis entri blog?

    ReplyDelete

I would really appreciate to have your thoughts here ! :)

Like us on Facebook

Instagram